Saturday 24 August 2013

Kesimpulan

Walaupun begitu keburukannya dalam menghadapi dunia tanpa sempadan, pengguna atau pembaca mestilah menggunakan ilmunya yang sepatutnya tinggi untuk menyaring maklumat secara bijak dan beretika. Sebagai rakyat Malaysia yang matang, kita perlu bijak memilih maklumat yang boleh dipercayai dan tidak menyalahgunakan kemudahan satu perkhidmatan ini.

Kebaikan dan Keburukan Blog

• Perbincangan di ruang komen atau chat box/shout di seluruh dunia secara online.
• Melatih kemahiran menulis.
• Melatih seni reka digital spt, design blog, kod CSS atau blog skin.
• Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika anda seorang pensyarah atau guru.
 -Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan yang juga berunsur fitnah.
• Blog digunakan untuk memburukkan seseorang seperti orang politik, artis dan sebagainya.
• Menyebarkan SPAM iaitu maklumat tak berguna semata-mata untuk untung besar dari iklan di blog.
• Sesiapa boleh menjadi penyamar di blog, iaitu tanpa nama dan gambar.
• Menyebarkan maklumat lucah, porno dan juga fail-fail yang berkaitan dengannya.

Sejarah Blog

Babad, buku Commonplace, buku harian, perzin and persatuan akhbar amatur boleh dilihatkan sebagai pendahulu-pendahulu blog. Sebelum blog menjadi popular, terdapat banyak bentuk komuniti-komuniti digital, termasuk:
Pada dekad 1990-an, perisian forum internet seperti WebEx mencipta perbualan selari dengan "bebenang". Bebenang merupakan hubungan topik antara perutusan-perutusan pada "papan gabus" metafora. Sesetengah orang telah mempersamakan blog dengan gerakan Mass-Observation yang diasaskan pada tahun 1937 di United Kingdom.

1983-1990 (Pra-HTTP)

Usenet ialah perantara bersiri yang utama yang terangkum dalam takrif Jaringan Sejagat (WWW) yang asal. [3] Ia menonjolkan Kumpulan Berita Tersederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh seorang individu atau sekumpulan pengguna yang kecil. Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan tersederhana. Bagaimanapun pada tahun 1983-94, satu kekecualian, iaitu mod.ber telah dicipta, dikendalikan, dan dinamai sempena Brian E. Redman. Secara tetap, Redman dan beberapa rakannya akan mengeposkan ringkasan pos-pos dan bebenang-bebenang yang menarik dari laman-laman web yang lain dalam internet. Dengan gaya penerbitan jurnal bersiri, kehadiran dalam jaringan pra-HTTP, serta persamaan yang rapat dengan bentuk blog kini yang biasa — ia menonjolkan pautan ke laman-laman web yang menarik yang dipilih oleh pengguna blog — mod.ber mempunyai banyak ciri yang biasanya dikaitkan dengan istilah Blog. Walaupun demikian, mod.ber menamatkan operasinya selepas lebih kurang 8 bulan.

Apa Itu Bog?

Blog
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.

Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007